Skip to main content

Mesyuarat Majlis Ketua Audit Dalam Universiti Awam
Bil 1 Tahun 2026


Kata Aluan Pengerusi MKAD


BERITA

MESYUARAT MAJLIS KETUA AUDIT DALAM (MKAD) KALI KE-61 (BIL.1/2026)

9-10 Mac 2026

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam Bil. 1/2026 (Kali Ke-61) yang berlangsung pada 9 hingga 10 Mac 2026.

Mesyuarat ini menghimpunkan Ketua Audit Dalam Universiti Awam bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan tadbir urus, pengurusan risiko serta perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan audit dalaman. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan Pelan Strategik MKAD 2026–2030 serta Laporan Pencapaian Pelan Strategik MKAD 2017–2025.

KUNJUNGAN HORMAT MKAD: PERKASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS UNIVERSITI AWAM

10 Mac 2026

Majlis Ketua Audit Dalam Universiti Awam (MKAD) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Audit Dalam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang baharu, Puan Azizah binti Haji Daud.

Kunjungan ini bukan sekadar sesi suai kenal, malah menjadi wadah strategik yang mempertemukan MKAD dan KPT dalam usaha bertukar pandangan, berkongsi input serta meneroka pendekatan inovatif bagi mendepani cabaran pengauditan masa kini. Jalinan sinergi ini diyakini mampu memperkukuh amalan tadbir urus, integriti serta akauntabiliti kewangan dalam kalangan Universiti Awam di Malaysia.

MAKLUMAN MESYUARAT MAJLIS KETUA AUDIT DALAM (MKAD) KALI KE-61 (BIL.1/2026)

05 Mac 2026

Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menjadi tuan rumah bagi pelaksanaan Mesyuarat Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam Bil.1/2026 (Kali Ke-61) yang dirancangan akan bersidang pada 9 & 10 Mac 2026.

Mesyuarat ini bakal menghimpunkan Ketua Audit Dalam Universiti Awam bagi membincangkan isu tadbir urus, pengurusan risiko serta perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan audit dalaman selaras dengan tema MKAD iaitu “Kecemerlangan Bersama – Mutual Excellence”.

Agenda Perbincangan 

MAKLUMAN PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MKAD

26 Jan 2026

Majlis Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam mengucapkan tahniah kepada Encik Mohd Faiz bin Suparman, Akauntan (WA10) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) atas kejayaan memenangi Pertandingan Mencipta Logo MKAD.

Reka bentuk yang dihasilkan telah dipilih sebagai logo rasmi MKAD kerana menampilkan elemen profesionalisme, integriti serta mencerminkan peranan penting fungsi audit dalam memperkukuh tadbir urus universiti awam.

MAKLUMAN PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA LETTERHEAD MKAD

26 Jan 2026

Majlis Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Nur Qamar binti Maharoff , Penolong Juruaudit Kanan (W6) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atas kejayaan memenangi Pertandingan Mencipta Letterhead MKAD.

Reka bentuk yang dihasilkan telah dipilih kerana menampilkan konsep yang profesional, kemas serta sesuai digunakan sebagai identiti rasmi MKAD dalam urusan surat-menyurat dan komunikasi rasmi organisasi.

SANJUNGAN BUDI : PUAN NORASHIKIN BINTI MORSHIDI, MANTAN KETUA AUDIT DALAM UNIMAS

17 Mac 2026

Majlis Ketua Audit Dalam (MKAD) UA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Norashikin binti Morshidi, selaku mantan Ketua Audit Dalam Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas segala sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Jasa dan kepimpinan beliau amat dihargai serta akan sentiasa dikenang. Selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

SEKALUNG TAHNIAH : PELANTIKAN KETUA AUDIT DALAM UNIMAS

17 Mac 2026

Majlis Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah  kepada Encik Mohamad Azmi bin Sapaai atas pelantikan sebagai Ketua Audit Dalam UNIMAS yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2026.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme dan cemerlang dalam memperkukuh tadbir urus serta kecemerlangan organisasi. Selamat maju jaya dalam menerajui kepimpinan baharu.

SANJUNGAN BUDI : ENCIK MOHD RIDUAN BIN MOHAMED RAKHAZALI, MANTAN KETUA AUDIT DALAM UMT

20 April 2026

Majlis Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  kepada Encik Mohd Riduan bin Mohamed Rakhazali, mantan Ketua Audit Dalam UMT, atas segala sumbangan, komitmen dan kepimpinan yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan.

Jasa dan dedikasi beliau amat dihargai serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja. Selamat maju jaya atas penempatan baharu di Pejabat Bendahari UMT dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

TESTING
TESTING

TESTINGG


Kerjasama Universiti Awam Malaysia

Majlis Ketua Audit Dalam Universiti Awam (MKAD) menetapkan hala tuju strategik bagi memperkukuh tadbir urus, integriti dan keberkesanan fungsi audit dalam di universiti awam melalui sesi libat urus dan perbincangan bersama Ketua Audit Dalam, selaras dengan cabaran semasa, piawaian profesional dan aspirasi pengurusan pendidikan tinggi negara.